Malay Traditional Village...KAMPUNG SUNGAI BEDAUN...JALAN SULTAN TENGAH...KUCHING...SARAWAK
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

CITA RASA KAMPUNG

 PEKASAM...ikan


Pekasam... hmm ada macam2 pekasam... ada pekasam  ikan, ambal, lokan, perut ikan terubok, udang  dan sempeng  (ni je yang aku tahu). Pekasam ikan pula ada macam2, ada pekasam ikan sepat, gelama, lampam, puyu, lundu, puput, keli dan yang sewaktu dengannya. Paling aku suka ikan lumo.   Tentu  anda pernah rasa selera kampung ini.


Jom buat... Kali ini aku nak kongsi cara buat pekasam ikan dahulu. Cara prosesnya..Carilah ikan yang sesuai untuk dibuat pekasam, pastikan ia ikan segar. Buang isi perut ikan, cucilah  betul2 bersih dan peramkan  ikan tersebut dalam bekas tertutup  dengan garam selama 1 hari. Anggaran 1 kilo ikan...100gm garam kasar.

Esok harinya  basuh ikan tersebut dan peram dengan beras goreng, air garam malam tadi dan asam gelugor jika mahu. Beras goreng tersebut digoreng tanpa minyak sampai betul2 kuning dan dikisar sederhana hancur. Aku suka beras goreng banyak, sebab bila goreng nanti ia menambahkan lagi selera aku. Pastikan pekasam disimpan dalam ruang bersuhu bilik/peti ais supaya tahan lama dan terjamin kualitinya.

Lepas seminggu...apa lagi goreng lah (kalau mak aku 3 hari dah boleh goreng dah)

Goreng ikan pekasam, bawang besar, cili...perah limau kasturi

K..APA LAGI SELAMAT MENCOBA...PROSES...PERAM...MASAK  & Hmmmmmm.



 DABAI...jeruk

Kali ini kita kongsi cara nak buat jeruk dabai. Mudah je nak menyedia citarasa kampung ni. Caranya begini...pertama pastikan anda ada buah dabai. Buah ni banyak di Borneo, kalau di Sarawak memang banyak. Lepas tu masak air dan campurkan garam ikut citarasa. Bila air tadi dah suam kuku masukkan buah dabai dalam bekas tertutup.Jangan sesekali masuk dabai dalam air yang terlalu panas...boleh menyebabkan buah dabai jadi keras. Simpan di tempat bersuhu bilik atau dalam peti ais. Esok hari anda sudah boleh menikmati dabai jeruk ni dengan nasi panas dan sambal belacan...hmmmm

Selepas 3 hari anda boleh juga toskan air garam dabai tadi dan jerukkan dabai tadi dengan kicap campur cili padi ( cara ini memang jadi kegemaran aku)...cubalah!

Jeruk dabai ini juga boleh dinikmati dengan masakan nasi goreng dabai dan dabai goreng (isi dabai, ikan bilis, cili padi, bawang merah dan putih digoreng bersama)

 K..APA LAGI SELAMAT MENCOBA...PROSES...JERUK...MASAK  & Hmmmmmm.


PEKASAM...isi perut ikan terubok

Ok...kali ini kita kongsi pula  citarasa kampung...isi perut ikan terubok dibuat pekasam. Bunyinya agak pelik dan mungkin ramai yang tak tahu atau tak pernah merasa keenakan pekasam ini. Akupun sama...dan citarasa kampung kali ini aku dapat daripada ibu mertuaku. Apapun anda bolehlah cuba buat resepi ini.

Mula-mula dapatkan isi perut ikan terubuk. Banyak ikan terubok maka banyaklah isi perutnya. Belah dua isi perut ikan terubok tersebut dan cuci bersih2. Selepas dibasuh dengan air suam, garamkannya pula. 3 hari lepas tu campurkan isi perut ikan terubok tersebut dengan bubur nasi dan beras goreng di dalam bekas tertutup. Peramkannya selama 3 hari lagi. 

Sekarang bolehlah anda nikmati pekasam ini terus (tak perlu dimasak lagi)  dengan nasi panas dan cili jeruk... hmmm pasti selera punya.

K APA LAGI, SELAMAT MENCOBA...PROSES...PERAM...DAN Hmmm.

1 comment:

msart said...

ada tak cara membuat pekasam ambal