Malay Traditional Village...KAMPUNG SUNGAI BEDAUN...JALAN SULTAN TENGAH...KUCHING...SARAWAK
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Tuesday 13 December 2011

JOM!..singgah

PANDANGAN DARI DEPAN PINTU MASUK...KE KAMPUNG


2 comments:

Unknown said...

mari berkuliah bersama sama ...
www.alkuliahforall.blogspot.com

PENA PERJALANAN said...

Home
News
Biz
Sports
Utusan Borneo
thesundaypost
Columns
seeds.theborneopost.com
Archive
Home - Utusan Borneo - Berita Sarawak
Status Kampung Sungai Bedaun masih diperinci
Posted on June 9, 2014, Monday

KUCHING: Penduduk Kampung Sungai Bedaun masih menunggu status kampung yang menjadi penempatan mereka sejak lebih 20 tahun lalu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, status kampung itu kini masih dalam perincian untuk diwartakan oleh kerajaan negeri.
“Sejak lima tahun lalu, kita semua sudah sedia maklum status kampung ini (Sungai Bedaun) masih lagi diperinci sebelum ia diwartakan sepenuhnya dan diiktiraf sebagai kampung yang sah.
“Saya berharap penduduk kampung bersabar dan tenang kerana kami juga sedang berusaha untuk meluluskan permohonan pewartaan kampung ini,” ujarnya.
Menurut beliau, kemudahan asas seperti bekalan air turut disambungkan untuk kegunaan penduduk kampung, namun bekalan elektrik masih belum lagi dipastikan kerana status kampung yang masih samar.
Lebih 35 rumah yang terdapat di Kampung Sungai Bedaun hingga kini masih bergantung kepada kemudahan jana kuasa elektrik, ujarnya.
Bagaimanapun, beliau akan memastikan segala permohonan dikaji selidik dan sentiasa dipantau agar penduduk kampung menjalankan aktiviti harian dengan lebih mudah pada masa akan datang.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Lawatan Kebajikan ke Kampung Sungai Bedaun oleh Skuad Sayang DUN Pantai Damai di Jalan Sultan Tengah di sini, semalam.
Program itu menyaksikan lima keluarga dari Kampung Sungai Bedaun menerima bantuan makanan asas harian seperti minyak masak, roti kering dan mi yang bernilai RM80 serta sedikit sumbangan wang bernilai antara RM100 dan RM500 mengikut keperluan keluarga yang terpilih.
“Saya berharap dengan adanya bantuan yang dihulurkan oleh Skuad Sayang hari ini (semalam) mampu membantu sedikit sebanyak sebagai keperluan penduduk kampung meneruskan kehidupan harian,” tambahnya.
Skuad Sayang kini mempunyai 25 ahli yang diwakili oleh setiap kampung di bawah DUN Pantai Damai.
Ia mula ditubuhkan pada 2012 bertujuan sebagai pertubuhan yang menjalankan aktiviti kesukarelaan untuk membantu serta menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.
Sejak Januari tahun ini sehingga semalam, Skuad Sayang telah menghulurkan bantuan kepada lebih daripada 30 keluarga di bawah DUN Pantai Damai.
Keluarga yang menerima bantuan daripada Skuad Sayang merangkumi keluarga miskin tegar, keluarga yang mempunyai ahli orang kurang upaya (OKU), warga emas, ibu tunggal dan golongan penyakit kronik.


Read more: http://www.theborneopost.com/2014/06/09/status-kampung-sungai-bedaun-masih-diperinci/#ixzz3SfDG4DsD